.

Post Icon

HOW TO ORDER

Tidak tahu bagaimana nak tempah dan syarat-syarat pembelian....Jom ikuti cara dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi....

TERMA DAN SYARAT

  1. Kami akan mengutamakan kepada pelanggan yang mula-mula datang untuk memiliki produk tersebut "first come first serve".
  2. Sekiranya terdapat pembatalan produk yang ingin dibeli hanya akan dilayan dalam masa 24 jam dari tarikh tempahan dibuat dan sebarang kecuaian yang berlaku selepas tempoh 24 jam tidak akan dilayan. 
  3. Aksesori tidak termasuk kecuali hanya dinyatakan sebaliknya.

CARA-CARA UNTUK MENEMPAH

Langkah 1:
Meninjau dan melayari item yang disediakan dalam blog ini dan pilih produk yang anda suka dan mahu.

Langkah 2:
Seteleh memilih apa yang dikehendaki,anda haruslah mengisi "order form" yang telah disediakan dalam laman blog ini.

Nota: Setelah anda mengisi "order form" anda akan mendapat maklum balas dari pihak kami,sekiranya      perkara yang sebaliknya berlaku seperti tiada sambungan internet dan pihak kami tidak dapat memberi maklum balas dalam masa beberapa hari,anda dikehendaki untuk mengingatkan kami semula dengan menelefon atau memberi pesanan ringkas tentang pesanan yang anda buat. Telefon: 014-9014368 atau 09-9675501

Langkah 3:
Bayaran akan dibuat berdasarkan kepada maklum balas yang akan diberi kepada pelanggan setelah tempahan dibuat.Bayaran haruslah mengikut seperti yang telah dinyatakan dalam maklum balas yang diberi dan bayaran boleh dibuat selewat-lewatnya 3 hari selepas mendapat maklum balas dari pihak kami.

Cas Pos (untuk 500g)

Pos Biasa:
Semenanjung (RM 3)
Sabah/Sarawak (RM 5)

Pos Laju:
Semenanjung (RM 6)
Sabah/Sarawak (RM 9)

Langkah 4:
Bayaran boleh dibuat secara (bank-in/online transfer) 

Setelah selesai dalam membuat pembayaran anda diminta untuk sertakan sekali bukti pembayaran dengan menghantar MMS kepada kami. 

Langkah 5:
Penghantaran akan dibuat pada waktu perniagaan dijalankan selepas bayaran dibuat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

SeRtAi BerSamA...^__^

Jom sertai kami dalam koleksi-koleksi yang disediakan dengan kenali logo syarikat kami.Logo ini mempunyai maksud yang tersendiri dimana melambangkan keperibadian yang dimiliki oleh syarikat kami.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

CARTA ORGANISASI SYARIKAT!



























                                                                                                                                                                                                                                                         













                                                                                                                                                                      




                                                                                                                                                                     












  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

LATAR BELAKANG SYARIKAT

Syarikat NF_”e-Shoppe” sdn.bhd merupakan salah satu syarikat perniagaan komersial yang menjual pelbagai jenis koleksi tudung dan pakaian yang bersesuaian dengan semua golongan iaitu daripada golongan remaja, dewasa, serta orang yang meningkat usia kerana syarikat ini menjual pelbagai pilihan dan corak yang dapat menarik minat pelanggan. Selain itu juga, turut menyediakan fesyen rekaan terkini dengan harga yang berpatutan dan berkualiti tinggi.
Syarikat NF_”e-shoppe” sdn.bhd ditubuhkan pada 14 Oktober 2011 yang berpusat di Machang,Kelantan Darul Naim. Syarikat ini ditubuhkan dengan kerjasama daripada ibu saya iaitu Rahmah bt. Muhammad sebagai penasihat syarikat dan saya Nurul Farhah bt. Yusoff sebagai pemilik untuk syarikat ini.
Nama NF_”e-Shoppe” sebagai nama syarikat adalah kerana nama ini telah dipersetujui bersama oleh ibu saya dengan nama NF iaitu sempena nama saya Nurul Farhah dan “e-Shoppe” pula sempena nama kedai yang sesuai dan mudah untuk diingati oleh para pelanggan. Sasaran utama syarikat ini adalah untuk menjadi salah satu pengeluar produk tudung dan pakaian tempatan yang terkenal khususnya dikalangan masyarakat melayu. Kini produk yang dipasarkan bukan hanya terhad di kedai kami saja malah boleh dibeli secara online iaitu Nurulfarhah_”e-Shoppe” bagi memudahkan para pelanggan untuk melihat dan meninjau fesyen-fesyen tudung dan pakaian yang terkini dan baru dengan menjimatkan masa dan tenaga.
Selain itu juga, moto untuk syarikat kami ialah SELESA, SIMPLE DAN RANGGI, dengan penampilan yang digayakan sesuai dengan kualiti dan rekaan terkini yang dipamerkan untuk menyerlahkan keanggunan pemakai. Sungguhpun begitu, harga yang ditawarkan amatlah berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat. Rahsia kejayaan syarikat kami sehingga mampu bertahan ke hari ini adalah kerana tenaga kerja yang digunakan adalah terhad dengan hanya 10 orang pekerja yang diperlukan bagi memasarkan produk yang kami pasarkan. Kebanyakan produk kami akan diambil daripada stokis-stokis terkemuka seperti ABEL Online Shop yang mempunyai hubungan rakan kongsi perniagaan yang sudah terjalin sejak dari mula lagi. Oleh itu, ianya memudahkan kerja kami untuk mempromosikan produk-produk tersebut dengan kuatiti dan harga yang dapat memuaskan hati pelanggan serta dapat keselesaan dari pelanggan-pelanggan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

KENALI SAYA


Assalamualaiikum....pertama sekali saya ingin memperkenalkan jenis produk yang terdapat dalam blog ini iaitu pelbagai jenis tudung dan pakaian bagi pelengkap kecantikan seseorang wanita.Seperti kita sedia maklum,tudung merupakan satu pelengkap kepada wanita muslim bagi menyerlahkan lagi kecantikan dan keayuan seorang wanita yang berkaliber dan bertamadun pada abad ini.Disini juga terdapat pelbagai jenis tudung yang dapat digayakan dengan pelbagai fesyen dan gaya serta sesuai untuk dipakai dimana-mana majlis samada majlis formal atau tidak formal.Dan kita juga tahu,wanita sekarang mengayakan tudung dengan pelbagai gaya dan cara tersendiri bagi menyerlahkan keperibadian seseorang itu....^__^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS