.

Post Icon

LATAR BELAKANG SYARIKAT

Syarikat NF_”e-Shoppe” sdn.bhd merupakan salah satu syarikat perniagaan komersial yang menjual pelbagai jenis koleksi tudung dan pakaian yang bersesuaian dengan semua golongan iaitu daripada golongan remaja, dewasa, serta orang yang meningkat usia kerana syarikat ini menjual pelbagai pilihan dan corak yang dapat menarik minat pelanggan. Selain itu juga, turut menyediakan fesyen rekaan terkini dengan harga yang berpatutan dan berkualiti tinggi.
Syarikat NF_”e-shoppe” sdn.bhd ditubuhkan pada 14 Oktober 2011 yang berpusat di Machang,Kelantan Darul Naim. Syarikat ini ditubuhkan dengan kerjasama daripada ibu saya iaitu Rahmah bt. Muhammad sebagai penasihat syarikat dan saya Nurul Farhah bt. Yusoff sebagai pemilik untuk syarikat ini.
Nama NF_”e-Shoppe” sebagai nama syarikat adalah kerana nama ini telah dipersetujui bersama oleh ibu saya dengan nama NF iaitu sempena nama saya Nurul Farhah dan “e-Shoppe” pula sempena nama kedai yang sesuai dan mudah untuk diingati oleh para pelanggan. Sasaran utama syarikat ini adalah untuk menjadi salah satu pengeluar produk tudung dan pakaian tempatan yang terkenal khususnya dikalangan masyarakat melayu. Kini produk yang dipasarkan bukan hanya terhad di kedai kami saja malah boleh dibeli secara online iaitu Nurulfarhah_”e-Shoppe” bagi memudahkan para pelanggan untuk melihat dan meninjau fesyen-fesyen tudung dan pakaian yang terkini dan baru dengan menjimatkan masa dan tenaga.
Selain itu juga, moto untuk syarikat kami ialah SELESA, SIMPLE DAN RANGGI, dengan penampilan yang digayakan sesuai dengan kualiti dan rekaan terkini yang dipamerkan untuk menyerlahkan keanggunan pemakai. Sungguhpun begitu, harga yang ditawarkan amatlah berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat. Rahsia kejayaan syarikat kami sehingga mampu bertahan ke hari ini adalah kerana tenaga kerja yang digunakan adalah terhad dengan hanya 10 orang pekerja yang diperlukan bagi memasarkan produk yang kami pasarkan. Kebanyakan produk kami akan diambil daripada stokis-stokis terkemuka seperti ABEL Online Shop yang mempunyai hubungan rakan kongsi perniagaan yang sudah terjalin sejak dari mula lagi. Oleh itu, ianya memudahkan kerja kami untuk mempromosikan produk-produk tersebut dengan kuatiti dan harga yang dapat memuaskan hati pelanggan serta dapat keselesaan dari pelanggan-pelanggan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Unknown said...

Thanks ..... it's help me alot

Post a Comment